rss
twitter
    ''~ Follow my Twitter : @yuriko_yukiro ~''

HUKUM ISBAL UNTUK LELAKI




Pengertian Isbal
Isbal secara bahasa adalah masdar dari “asbala”, “yusbilu-isbaalan”, yang bermakna “irkhaa-an”, yang artinya; menurunkan, melabuhkan atau memanjangkan. Sedangkan menurut istilah, sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnul ‘Aroby rahimahullah dan selainnya adalah ; memanjangkan, melabuhkan dan menjulurkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan menyentuh tanah, baik karena sombong ataupun tidak. [Lihat Lisanul ‘Arob, Ibnul Munzhir 11/321, Nihayah Fi Gharibil Hadits, Ibnul Atsir 2/339]

المسبل إزاره هو الذي يطول ثوبه ويرسله إذا مشى


"Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had)". (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal Tanpa disertai Sombong 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ



"Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata:
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka". (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:

بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ


"Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka". (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88)

وعن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي سهل فقال يا سفيان لا تسبل إزارك فإن الله لا يحب المسبلين


"Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:
Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal". (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)

عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ

أَبْصَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ

فَمَا رُئِيَ ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ


"Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata:
Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:
"Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala".
Maka orang tersebut pun berkata:
"Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan".

Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan:
"Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus".
Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit". (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

Isbal Dengan Kesombongan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ


"Daripada Ibnu 'Umar, katanya:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.
Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.
Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).
Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu". (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)
Hadis ini selain menerangkan tentang isbal yang dilakukan dengan disertai kesombongan, ia juga menjelaskan bahawa isbal tanpa disertai dengan sifat sombong juga tetap dilarang. Ini dapat dilihat dari pertanyaan Ummu Salamah di dalam hadis tersebut yang menanyakan berkenaan dengan pakaian wanita:

Isbal Termasuk Kesombongan

و إياك و إسبال الإزار فإن إسبال الإزار من المخيلة و لا يحبها الله


"Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai kesombongan". (Hadis Riwayat Abu Daud dari Jabir B. Sulaim. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 1/98, no. 98)
Di Antara Isbal Dengan Disertai Sombong Dan Tanpa Sombong
Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan bahawa:
Jika isbal itu dilakukan kerana bermegah-megah dan sombong, maka perbuatan tersebut termasuk ke dalam kategori dosa besar dan hukumannya (akibatnya) sangat berat. (Majmu' Fatwa Ibnu Utsaimin susunan Fahd B. Nashir, m/s. 309. Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 16, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)
Perbuatan isbal yang disertai dengan perasaan sombong, ia adalah suatu kesalahan yang sangat berat berbanding dengan perbuatan isbal tanpa disertai dengan kesombongan yang mana ia lebih ringan (dosanya).

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, selepas beliau menyebutkan hadis-hadis berkenaan isbal, beliau berkata:

وفي هذه الأحاديث أن إسبال الإزار للخيلاء كبيرة وأما الإسبال لغير الخيلاء فظاهر الأحاديث تحريمه أيضا

"Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa melakukan isbal yang disertai dengan rasa sombong merupakan salah satu dari dosa-dosa besar. Adapun sekiranya dilakukan dengan tidak disertai dengan rasa sombong, dari zahir hadis-hadis tersebut, ia masih tetap juga haram (tidak seberat isbal dengan sombong)". (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 10/263)

Larangan Isbal Adalah Mutlak (Bagi Lelaki) Walau pun Tanpa Sombong

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

مَرَرْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي إِزَارِي اسْتِرْخَاءٌ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَرَفَعْتُهُ ثُمَّ قَالَ زِدْ فَزِدْتُ فَمَا زِلْتُ أَتَحَرَّاهَا بَعْدُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ إِلَى أَيْنَ فَقَالَ أَنْصَافِ السَّاقَيْنِ


"Daripada Ibnu 'Umar, beliau berkata:
Aku pernah melintasi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan pakaianku (kain) di dalam keadaan turun dengan sendirinya tanpa sengaja. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata:
Wahai 'Abdullah, angkatlah kainmu!
Lalu aku pun mengangkatnya (dari terlondeh turun). Kemudian beliau berkata lagi:
Naikkan tinggi lagi sedikit!
Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah peristiwa itu, aku pun sentiasa menjaga kedudukan kainku. Lalu sebahagian orang bertanya kepada ku, "Sehingga paras mana?"
Aku menjawab: "Sehingga ke pertengahan kedua betis". (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Libas wa az-Zinah, 10/455, no. 3892)
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata di dalam kitab beliau,Mukhtashar Syamail Muhammadiyah berkenaan hadis tersebut:
Jika Ibnu 'Umar sebagai seorang sahabat yang mulia dan paling bertaqwa di antara mereka itu pun tidak didiamkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau melihat kainnya turun tanpa disengajakan, malah beliau tetap memerintahkan untuk mengangkat kainnya tersebut. Maka, bukankah situasi ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa adab ini sama sekali tidak berkaitan dengan ada atau tidak adanya faktor kesombongan.
Atau adakah kita akan menyatakan bahawa Ibnu 'Umar melakukannya kerana sombong (sehingga ditegur oleh Nabi? Lalu kita katakan bahawa yang dilarang oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam hanyalah isbal dengan disertai sombong sahaja?) Sekali-kali tidak, keadaan itu sama sekali tidak mungkin. Dan telah jelas bahawa Ibnu 'Umar tidaklah melakukannya kerana sombong, bahkan ia berlaku tanpa sengaja kerana kain tersebut turun (melurut) dengan sendirinya. (Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 46, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)
Adakah Kaos Kaki Boleh Menyebabkan Isbal?








Isbal berlaku adalah disebabkan kain pakaian dari atas yang dijulurkan ke bawah sehingga melepasi mata kaki. Dari itu, kasut tidak termasuk ke dalam pakaian yang menyebabkan isbal.

Mengangkat Kain/Pakaian Sehingga Melampaui Pertengahan Betis

Dalam persoalan ini, Imam Ibnu Abi Syaibah ada membawakan sebuah riwayat daripada Ibnu Sirin:

عن ابن سيرين قال: كانوا يكرهون الازار فوق نصف الساق


"Berkata Ibnu Sirin (rahimahullah):
Mereka membenci kain/seluar yang diangkat sehingga melampaui pertengah betis". (Rujuk: Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 6/29)

Larangan Menyinsing & Melipat Pakaian Ketika Solat

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلَا الشَّعْرَ


"Daripada Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah berkata:
Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian". (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)
Maka dengan ini, untuk mengelakkan isbal, dan dalam masa yang sama mengelakkan dari perbuatan melipat atau menggulung pakaian, maka pakaian/seluar/kain yang menjulur ke bawah hendaklah dipotong dan dijahit.

Pelaku Isbal Menyerupai Wanita

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
Hal yang membedakan di antara jenis pakaian lelaki dengan pakaian wanita adalah kembali kepada apa yang bertepatan bagi kaum lelaki dan apa yang bertepatan dengan kaum wanita, iaitu pakaian yang sesuai dengan apa yang diperintahkan kepada kaum lelaki dan dengan apa yang diperintahkan kepada kaum wanita. (Syaikh al-Albani, Jilbab Wanita Muslimah, m/s. 152, Pustaka at-Tibyan)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ


"Daripada Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma, katanya:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/239, no. 5435)
Batas larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat menurut kaedahnya". (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 152, Pustaka Ibnu Katsir)

Ini dapat difahami juga melalui hadis sebagaimana berikut, sekali lagi dinukilkan:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ


"Daripada Ibnu 'Umar, katanya:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.
Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.
Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).
Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu". (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)

Meninggalkan Isbal Adalah Sebahagian Dari Ciri-ciri Taqwa

Ini adalah berdasarkan kepada hadis di atas daripada asy-Syarid, di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang bertindak menegur seseorang yang isbal dengan katanya:

ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ


"Angkatlah kain pakaianmu (dari dilabuhkan dan terseret) dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

If You Like This Post, Share it With Your Friends

0 komentar:

Post a Comment

 
Blogger Templates