rss
twitter
    ''~ Follow my Twitter : @yuriko_yukiro ~''

RIWAYAT HIDUP IMAM NAWAWI & KITAB RIYADHUS SHALIHIN


Beliau terlahir dengan nama lengkap Muhyi al-Din Abu Zakaria Yahya bin Syarif bin Murri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jam’ah bin Hazm al-Nawawi al-Damisyqi.Panggilan beliau Al-Nawawi dilahirkan di kampung Nawa, sebuah daerah Hauran, kawasan Syam (Syiria), pada bulan Muharram tahun 632 H, atau bulan Oktober 1233 M.

Beliau merupakan tokoh yang penting di dalam mazhab Syafie. Di akhir umurnya beliau kembali ke kampung halaman di Nawa,  sebuah desa di Syria.Beliau Sejak kecil sudah mulai menghapal Al-Qur’an. Pada tahun 649 Hijrah ketika umurnya 19 tahun, beliau datang ke kota Damsyiq untuk belajar. Di sana beliau belajar di madrasah al-Ruwahiyyah dan mulai menghafal beberapa kitab fiqh, antaranya kitab al-Tanbih dalam tempuh empat bulan setengah dan kitab al-Muhazzab di dalam bagian ibadat. Di antara guru-gurunya ialah Abdul Aziz bin Muhammad al-Ansari, Zainuddin bin Abdul Daim, Zainuddin Khalq bin Yusof, Taqiuddin bin Abi al-Yassir dan lain-lain.
Banyak karya beliau yang fenomenal diantaranya Sarah Muslim, Riyadus-Salihin yaitu kitab yang akan dibincangkan, al-Azkar, al-Tibyan fi Adab Hamalat Qur’an, al-Irsyad wal al-Taqrib fi Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan Arbai’in, dll.

Sekelumit kisah dari kehidupan beliau adalah Kehidupannya sehari-hari sekedar Berolahraga dan memelihara kesehatan tubuh dan hanya makan satu kali dalam sehari. Ini di karnakan beliau terlalu banyak menggunakan waktunya untuk belajar agama, mengarang dan menghasilkan sumbangan untuk umat Islam.

Beliau tidak pernah takut menyampaikkan kebenaran. Beliau tidak segan terhadap semua orang termasuk para penguasa negeri itu. Karna keberaniannya, beliau diusir dari Syam akibat satu fatwanya yang tidak menyenangkan hati sultan al-Malik al-Zahir seorang penguasa di kala itu.

Beliau jatuh sakit disisi kedua orang tuanya. Pada tanggal 24 bulan Rajab 676 H / atau bertepatan 22 Desember 1277 M dalam usia 45 tahun. Beliau meninggal tanpa seorang istri ataupun anak karna beliau belum menikah.Beliau belum sempat menikah karna kesibukannya belajar

 
Deskripsi tentang Kitab Riyadhus Shalihin

1.   Latar Belakang Penulisan Kitab
Kitab Riyadh al-Shalihin karya Imam besar dan ulama’ internasional , Beliau sosok yang fenomenal bagi umat islam, bahkan menjadi referensi dan rujukan kalangan umat islam bukan hanya di negeri nya tetapi juga seluruh dunia. Kitab ini memang sangat perlu diketahui isinya dan kita amalkan karena memuat kumpulan hadis-hadis terutama dalam masalah adab yang bersifat batiniyah maupun lahiriyah, hal-hal yang bersifat penyemangat (targhib) dan peringatan (tarhib, zuhud, pendidikan akhlaq, penyucian kalbu berikut terapinya dan pemeliharaan anggota tubuh.
 


2.   Tentang Kitab
  • Pengenalan Ringkas Kitab Riyadhus-Salihin
'Riyadh’ di dalam bahasa Indonesia bermakna taman. Manakala ‘Salihin’ sebagaimana yang diketahui umum ialah orang-orang soleh. Oleh karna itu, arti kata Riyadhus Shalihin ialah ‘Taman Orang-orang Yang Soleh’ memberikan gambaran bahawa isi kandungan kitab ini banyak kisah  mengenai panduan hidup seorang manusia muslim yang berazam untuk menjadi seorang yang soleh. Imam Nawawi sendiri menegaskan di dalam pendahuluan kitab ini bahawa beliau berusaha untuk mengumpulkan secara ringkas hadist-hadist yang mampu menjadi panduan lengkap kepada umat Islam untuk menjalani hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah.
Imam Nawawi selesai menyusun kitab ini pada hari Senin minggu terakhir di dalam bulan Ramadhan pada tahun 670H seperti yang di sebutkan di kitabnya.

  • Cetakan dan Terbitan
Naskah kitab yang dijadikan bahan kajian oleh penulis ini berjudul Riyadhus Salihin Min Kalam Sayyidil Mursalin karangan Imam Nawawi yang telah dihuraikan semula oleh Mustaffa bin Muhammad ‘Ammarah. Naskhah ini diterbitkan oleh Maktabah wa Matba’ah Muhammad Huda Wa Awladuh dan tidak meletakkan tarikh cetakan sebagaimana buku-buku yang lain. Juga tidak dapat dikesan dari negara manakah naskhah ini dicetak kerana ia tidak mencatatkan sebarang maklumat kecuali penerbit sahaja. 
  • Kaedah Penyusunan Kitab
Imam Nawawi memulai kitab Riyadhus-Salihin dengan muqaddimah yang ringkas. Salah satu keinginannya ialah beliau menginginkan agar ia menjadi pedoman bagi mereka yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah. Beliau mendatangkan satu hadis yang menjadi pendorongnya yang bermaksud : “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, baginya pahala sebagaimana pembuatnya.”
Beliau juga menyatakan keinginannya untuk menjadikan kitab ini hanya mengandungi hadis-hadis yang sahih saja. Ini untuk memudahkan pembaca beramal dengan isi kandungan kitab ini tanpa ragu-ragu.
 Sebagai sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis yang lebih menjurus kepada pembentukan akhlak dan peribadi, beliau memulai dengan Bab Ikhlas dan Menghadirkan Niat sebagai satu syarat untuk diterima amalan. Ia diikuti dengan bab-bab seperti Bab Taubat, Sabar, Siddiq, Taqwa, Istiqomah, Mujahadah sehinggalah kepada Bab Mencegah Amanah Daripada Diberikan Kepada Yang Meminta.
Selain itu, Imam Nawawi juga mengkategorikan hadis-hadis kepada beberapa bab yang utama atau dinamakan sebagai kitab. Di antara kitab-kitab yang terdapat di dalam Riadhus-Salihin ini ialah Kitab Adab, Kitab Adab Makan, Kitab Pakaian, Kitab Adab Tidur, Kitab Salam, Kitab Menziarahi Orang Sakit, Kitab Adab Musafir, Kitab Kelebihan, Kitab Iktikaf dan Kitab Zikir-zikir.
Banyak hal hal kecil yang di ajarkan dalam kitab ini contohnya, Kitab Adab Makan mengandungi 17 bab antaranya ialah Bab Membaca Tasmiah Semasa Memulakan Makan dan Tahmid Selepasnya, Bab Larangan Mencela Makanan dan diharuskan memuji makanan, Bab Makan Dengan Tiga Jari dan sebagainya sangat di perinci dalam kitab ini.
Kesimpulannya,  Riyadhus-Salihin mengandungi sekitar 750 – 800 buah hadis  yang tersimpul pula di dalam beberapa bab di bawah kategori kitab-kitab yang berlainan.
 
  • Kelebihan dan Kekurangan Kitab
1.   Kelebihan Riyadhus-Salihin
Tentunya sebagai sebuah kitab yang fenomenal, di jadikan rujukan oleh generasi selanjutnya berdasarkan fakta dan penelitian Imam Nawawi dalam pengambilan hadist. Isu-isu targhib dan tarhib diangkat dengan begitu sempurna berdasarkan hadis-hadis yang sahih memberikan satu keselesaan kepada pembaca untuk melakukan amalan berdasarkan kandungan kitab ini. Salah satu kelebihan yang cukup terlihat bagi kitab ini di tengah-tengah kebanjiran hadis-hadis palsu dan rekaan di dalam isu targhib dab tarhib yang menyebabkan umat Islam menjadi keliru di dalam menentukan pendirian dan sikap.
         
2.   Kelemahan Riyadhus-Salihin
Walaupun pembagian bab dan kitab sudah dibuat dalam keadaan tersusun, namun hadis-hadis yang setema masih tercampur dari sudut penyusunan. Ketiadaan nomor hadis juga menyebabkan kesukaran untuk pembaca melakukan rujukan semula terhadap satu-satu isu ataupun hadis. Walau bagaimanapun, ini dianggap satu perkara biasa pada zaman Imam Nawawi menyusun kitabnya ini ditambah pula dengan ketiadaan alat-alat canggih seperti hari ini. 

Download Riyadhus Shalihin 1

Download Riyadhus Shalihin 2

               
 


If You Like This Post, Share it With Your Friends

0 komentar:

Post a Comment

 
Blogger Templates